Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Yang Jauh dan Yang Dekat

Pada satu hari dekat rumah, aku ada tengok satu cerita ni, pasal seorang lelaki yang baru belajar solat sebab nak masuk 'Pencetus Ummah'. Tapi, nak dijadikan cerita, ada beberapa perkara yang berlaku yang menyebabkan dia membatalkan hasratnya untuk masuk rancangan realiti TV tu. Satu malam, selepas dia solat maghrib dengan adik dia, adik dia tanya... "Abang tak masuk Pencetus Ummah kan? Kenapa abang solat?" "Sebab... abang nak ketuk pintu." "Pintu apa?" tanya si adik. "Ada tempat yang abang nak pergi lepas abang mati. Tempat tu cuma orang yang tak sombong dengan Allah je boleh pergi." jawab si abang. "Orang yang sombong dengan Allah tu macam mana?" si adik bertanya lagi. " Orang yang tak solat, orang yang tak puasa..." kata si abang, cara mudah nak bagi adiknya faham. "Oh...jadi abang solat, nak ketuk pintu apa?" "Syurga!" jawab si abang, ringkas. Ada sen