Dah lama sangat rasanya tak menulis, harap-harap masih belum berkarat tulisan aku ni. Kalau tumpul harap-harap masih boleh diasah semula :) Disebabkan kekangan masa yang mungkin juga telah membawa kepada kekangan idea dek si penulis ini tidak mengambil masa untuk mencari hikmah-hikmah setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya kebelakangan ini, maka terjawablah persoalan mengapa makin berkurangnya post di blog ini ya huhu Namun syukur ke hadrat Ilahi, dalam kesibukan menjalani kehidupan dunia dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti, Allah masih menyelitkan pengajaran dalam setiap pengalaman hidup aku yang tak seberapa ni, yang aku rasa perlu aku ambil iktibar sebagai peringatan di kemudian hari. Minggu pertama cuti musim panas tahun ini, aku di Wales (sekali lagi!). Aku meluangkan masa selama seminggu di Snowdonia National Park, mendaki gunung-ganang yang boleh tahan tinggi dan curamnya. Setelah menghabiskan kudrat untuk mendaki selama seminggu, Allah...
A good life is not all about having pleasing moments, but how we make the moments pleasurable.