Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

'Single Standard': Keadilan Tak Mengira Darjat

"Manusia kini lebih banyak termenung daripada merenung." Kata Ustaz Zahazan, dalam bukunya 'Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik: Mendidik Ummah di Taman Kisah'. Daripada kitab-kitab sejarah yang muktabar, malah di dalam al-Qur'an yang kita baca sehari-hari pun, ada banyak ayat, peristiwa serta kisah yang bukan saja boleh memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada insan yang membaca, tetapi juga menuntut kita supaya berfikir dan melihat dengan teliti (dengan kata lain, mengkaji) peristiwa-peristiwa ini untuk kita ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Namun, pada masa kini manusia tidak tertarik malah bersikap acuh tak acuh terhadap 'kisah-kisah teladan' ini walhal itulah yang terbaik untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan. Daripada 38 kisah yang dimuatkan dalam buku setebal kira-kira 200 muka surat ini, ada satu kisah yang menarik perhatian sebab sangat relevan dengan situasi semasa. Tak seperti kebanyakan kisah lain yang ada menceritakan peristiwa lua