Skip to main content

Arkeologi?


“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018

Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya. Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan everythingMaaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue

Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary. 



Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya? 

1.       It is about history, politics, and economics

Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past, kita kena tahu sejarah orang zaman dahulu, terutama sekali sebab kita nak tahu dan faham keadaan politik dan ekonomi sesuatu komuniti that leads them to be who they were or who they are now. Dalam salah satu modul first year aku, modul ‘World Archaeology’, kami belajar pasal sejarah orang zaman dulu di serata dunia. Tapi, kami tak belajar berdasarkan negara-negara zaman sekarang, tapi lebih kepada ‘empire’ or ‘period’ basis, contohnya: ‘origins of the human species’, ‘rise, global dispersal and social complexity of modern humans’, ‘plants and animals domestication’ pada zaman Neolitik, zaman Holocene dekat Asia, Africa, China, India, Eropah dan Amerika, hierarchy, environmental impact and exchange waktu Bronze Age, empires and collapse of Athens, ritual and power in North America, China and Roman empire, the Medieval world and also the archaeology of contact and collapse of the Vikings. Ni modul yang paling baaaaaanyak fakta isk isk

2.      It is about philosophy & anthropology

Bagi aku, arkeologi merangkumi ‘philosophy’ sebab waktu kami mula belajar course ni, dalam modul ‘Introduction to Archaeology’, kami diperkenalkan dengan semua konsep dan teori asas arkeologi (daripada perspektif Barat *uhuk*), termasuklah asal usul subjek ni sejak berkurun dahulu. Daripada Darwin's theory of evolution, to processual and post-processual archaeology sampailah zaman arkeologi ni muncul sebagai satu disiplin yang formal, ada macam-macam teori sebenarnya huhu

Dalam masa yang sama, pada pendapat aku, arkeologi tak boleh lari daripada antropologi, sebab macam-macam mana pun, kita mengkaji manusia. Jadi kalau tak tengok daripada sudut antropologi, kalau ahli arkeologi cuma bagi perhatian dekat artefak-artefak yang...okay, aku tak nafikan sangat menarik, akan hilanglah konteks ‘cara hidup manusia’ itu sendiri kalau fokus kita cuma pada ‘materials’ so kita terlepas pandang the ‘behavioural’ part. It would be harder to reconstruct the way people live in past then, I guess? Maka, dalam modul introduction tu pun kami diajar tentang konsep ‘archeology of the dead’, ‘archaeology of the living’. Tak lupa juga kepentingan dan peranan arkeologi pada zaman sekarang, contohnya perbincangan tentang ‘who owns the past’, ‘how do we represent the past’, peranan muzium dan ‘public engagement’.

*pause*

Sekarang mesti korang fikir, kenapa bunyi macam ‘arts’ sangat ni?? Secara jujurnya, sebagai pelajar yang duduk dekat ‘science college’ selama 5 tahun, lepas tu buat A-levels subjek sains, kalau arkeologi ni memang subjek sastera je, aku dah lari dah weh XD okay, jadi nak tahu betul ke arkeologi ni subjek 'arts', mari kita teruskan.


3.       It is about geology and geography

Lain tempat, lain cara hidupnya. Jadi, pengetahuan tentang ‘population demography, geography and land use’ ni sangatlah penting terutama sekali bila nak mula kumpul matlamat dan objektif kajian untuk semua projek arkeologi. Kenapa? Sebab daripada pengetahuan di atas ni lah kita boleh tahu, apa orang yang kita tengah kaji tu punya diet daripada sumber makanan dan minuman (kalau ada pengetahuan botani sangatlah membantu), mobiliti dan jaringan pengangkutan, cara hidup dan sara diri seperti pertanian dan perdagangan dan macam-macam lagi. Disebabkan pengetahuan ini sangatlah praktikal, modul ‘Field Methods’ merupakan salah satu modul yang aku sangat suka, sebab aku banyak boleh praktikkan ilmu geografi PMR aku yang dah berkarat dulu, (now I know how it all make sense hahaha) dan sudah semestinya, inilah ilmu arkeologi yang paling praktikal sebab dia melibatkan fieldwork. Daripada pre-excavation process of doing archaeological survey, belajar geophysics, guna magnetometer, sampailah menggali guna trowel and shovel and mattock, dan akhir sekali menimba ilmu post-excavation process macam section and plan drawing, process of cleaning finds yang kami gali sendiri, flotation process, and so on, semuanya kami belajar secara hands-on. 

4.       It is about chemistry and biology

Heheh, sebagai pelajar aliran sains selama 6-7 tahun, sudah terang lagi bersuluh inilah ‘favourite part’ aku XD Penekanan dalam kedua-dua subjek sains ni banyak dalam modul ‘Sites and Artefacts’ yang mana kami banyak diberi pendedahan tentang ‘properties of the materials itself’. Antara benda yang kami belajar termasuklah relative and absolute dating (seriation, carbon dating etc), artefact composition and provenance (yang ni kami belajar macam mana nak tahu sumber material tu datang daripada mana), style and culture, technology in society, lithics (yang ni kami belajar pasal alat zaman batu hihi), pottery!, metals (inorganic chemistryyyyyy), artefact function and identity, dan pasal conservation; benda paling penting dalam arkeologi. Selain daripada tu kami ada juga sedikit sebanyak belajar ilmu pasal tapak arkeologi, contohnya: contexts, formation process, features eg postholes and field systems, houses and communities, graves and hoards, etc. Yang penting, sebagai pelajar arkeologi, kami selalu diingatkan supaya tak lupa untuk ‘link’ and ‘relate’ sites and also artefacts that we found to the people that lived at that moment and period. Tu je cara untuk interpret things in a fairly good way; observe, observe, observe, think, think, interpret, interpret… (the thing is, good deduction can only come from good observation so kena la jadi a good observer ya haih)


Okay jadi sekarang korang rasa arkeologi ni subjek sains ke sastera? Hahaha sebenarnya tu debat yang tak berkesudahan sampai sekarang. Dekat UCL pun, students boleh pilih nak ambik BA Archaeology or BSc Archaeology. Dan disebabkan itu juga, degree ni tiada subject requirements ya so kami ni kira macam all-rounder la cehhhhh (tak pun hahaha arts aku teruk doh) Bila tak ada subject requirements tu maksudnya siapa-siapa pun boleh ambil degree ni, dan lepas tu boleh pilih nak pergi ke arah sains atau sastera berdasarkan kecenderungan dan minat kami sendiri. (tapi rasanya tak perlulah nak buat further maths kot...erk)

Arkeologi ni, a reading and essay-based subject. Berdasarkan pengalaman aku, lagi panjang senarai bibliografi dekat muka surat paling belakang aku punya essay, makin tinggilah peluang nak dapat markah tinggi. Jadi, memang kena rajin rujuk macam-macam sumber, aka memang kena rajin membaca la ya isk isk. Walaupun banyak essay, ada juga modul yang ada short answers assessment dan ada juga yang ada practical, aku rasa this only applies for modules yang lebih kepada aliran sains.

Satu benda yang aku suka pasal UCL ini ialah diorang sangat menekankan practical experience and research. So, archaeology students kat sini diwajibkan untuk lengkapkan 70 days of fieldwork huhuhu. Tak dapat dinafikan memang banyak kerja, tapi aku rasa belajar secara praktikal ni lah lagi berkesan...ke macam mana? 

Tapi...

Hari terakhir fieldwork aku hari tu, dalam masa semua orang tengah risau kami ni pass ke tak module fieldwork tu, lecturer aku, Mark, keeps on emphasising that what he wants us to bring back with us after the fieldwork is over is actually..

"...all about the values; the knowledge that you can generalise to other career once you have finished your degree (yelah, berapa ramai je yang akan end up jadi archaeologists nanti...). Things like project management, planning, teamwork, cooperation etc. And the most important one is, empathy."

Uish, rasa macam kena main psikologi jap lepas kena 'debrief' dekat campsite tu hoho. Tapi, aku masih ingat lagi dalam satu tutorial aku untuk modul Field Methods ni awal tahun hari tu, lecturer aku ni ada pesan jugak:

"At the end of the day, undergraduate years is nothing about what you have learnt in your course, 
it's about what you learn from each other.

Jadi, aku berpesan pada diri sendiri, dalam mengejar markah yang tinggi dan gred yang cemerlang, jangan sampai tercicir nilai murni dan akhlak mulia yang lebih besar kepentingannya untuk jangka masa panjang, insya Allah.



Edit: sambungan kepada post ini boleh dibaca di sini: 'Arkeologi? : Satu Perjalanan'

Nota: Pengalaman latihan industri penulis di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM boleh dibaca di sini.

Nak tahu lebih lanjut tentang arkeologi? Feel free to read my posts with 'archaeology' labels! 

Comments

  1. hi sis , boleh ke sy ni amk degree arkeologi mcm sis ? dan mmg pd dasarnya sy masa spm bukan lah dr aliran sains . sy sastera . sy diploma pun ambk kos logistik & rangkaian bekalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis! insya Allah boleh! kalau ada minat apa salahnya :D
      In my opinion, bidang arkeologi ni kalau nak mula, dia tak kira peringkat umur dan education background, semua orang boleh belajar.
      Archaeology is basically about training and experience; so basic scientific and historical knowledge tu sangat membantu but is not highly detrimental in order to begin :)

      Delete
  2. hi sis . sy calon spm 2018 dan saya amat meminati sejarah.so lepas dpt result sy bercadang ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang arkeologi .tp sis sy adalah seorang pelajar aliran sastera bolekah sy ambil bidang trsebut dan dimana universiti yg ada menawarkan bidang ini? thankyou :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Sudah pasti insya Allah :) macam yang saya jelaskan dlm post saya, bidang ni tidak dikhususkan kepada aliran sains atau sastera, jadi sesiapa pun boleh menceburi bidang ni.

      Dekat Malaysia ad 2 universiti yang menawarkan subjek ni sebagai minor, iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kalau nak maklumat lanjut boleh email saya, insya Allah saya boleh tanyakan kepada orang yang lebih tahu :)

      Delete
  3. Hi sis ,saya nak jadi arkeologi sbb saya minat sejarah .tapi banyak org sekeliling saya ckp jadi akrkeologi kat malaysia ssh .tul ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Terima kasih dan tahniah sbb menyimpan hasrat utk mencebutri bidang yg tak dikenali ramai ni XD

      Hmm...soalan ni perlukan analisis yg lebih mendalam XD bagi saya, setiap bidang tu ada cabaran dia yang tersendiri. Tapi kalau dalam konteks pekerjaan 'ahli arkeologi' tu sendiri, saya rasa saya bukanlah orang yang terbaik untuk bagi penjelasan yang lebih panjang (since saya pun student je hehe). Secara ringkasnya, cabaran yang paling jelas dlm bidang ni mungkin dari sudut dana, yang boleh jadi berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengiktirafan bidang ni di negara kita. Begitu juga dari sudut penyelidikan. Dana boleh menjadi salah satu isu yang serius tetapi yang lebih diperlukan dalam bidang ini ialah orang-orang untuk menjalankan kajian itu sendiri. Maksudnya, di Malaysia kita masih kekurangan pakar-pakar dan pekerja-pekerja mahir dalam bidang arkeologi ni.

      Jadi, kurang tenaga mahir dan pakar ni mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dlm kalangan generasi muda. Kalau masalah peruntukan kewangan pula mungkin disebabkan oleh kurangnya pengiktirafan drpd pihak autoriti, maka byk usaha yg diperlukan buat masa ni utk memartabatkan bidang arkeologi :) moga bermanfaat and all the best!

      Delete
  4. hye nak tnye banyak x peluang pekerjaan ditawarkan selepas mengambil bidang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang kita sedia maklum, bidang arkeologi ni dikira masih baru di Malaysia dan masih belum dikenali ramai, sama ada dalam kalangan masyarakat mahupun organisasi yang lebih berpengaruh. Ahli arkeologi biasanya banyak diperlukan dalam sektor warisan (heritage) dan pelancongan, tak kurang juga dalam kerja-kerja conservation dalam sektor pembangunan. Berdasarkan pengalaman internship saya, antara organisasi yang menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang ini ialah Jabatan Warisan Negara (http://www.heritage.gov.my/ms/), ThinkCity (https://thinkcity.com.my/) dan Georgetown World Heritage Incorporated (http://gtwhi.com.my/).

      Dalam satu syarahan umum di USM (2017), Dr Stephen ada mengulas:
      “Kesulitan utama bagi generasi muda yang berminat dalam pengkhususan arkeologi adalah prospek pekerjaan yang terhad,..."

      Namun dengan adanya pembaharuan seperti Penilaian Impak Persekitaran (EIA) di Malaysia - penilaian bagi setiap projek pembangunan, terutamanya yang mempunyai impak arkeologi terhadap alam sekitar dan kewujudan industri arkeopelancongan (archeo-tourism) dapat membuka lebih peluang pekerjaan dalam bidang arkeologi dan juga meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan. - Berita PPAG USM

      Insya Allah diharapkan akan ada lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada pelajar arkeologi pada masa akan datang :)

      Delete
  5. Hi sis saya sangat minat dgn course ini dan saya bercadang untuk masuk ke tingkatan 6,rasa-rasanya mata pelajaran apa yang saya perlu ambil untuk melayakkan saya ke degree dalam bidang ni nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Berdasarkan post dan komen di atas, arkeologi menerima pelajar daripada bidang sains mahupun bidang sastera. Jadi tiada had untuk memilih subjek apa yang perlu diambil :)

      Delete
  6. Nak tanya lah. kat malaysia ni U mana yang ada offer kos ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Boleh rujuk soalan-soalan dalam ruangan komen di atas, atau boleh klik link ni: https://thoughtsandwonderss.blogspot.com/2019/03/arkeologi-satu-pandangan-satu-perjalanan.html

      p/s: Sorry for the delayed response!

      Delete
  7. Nak tanya, kalau di tingkatan 4, nak ambik course apa eh kalau nak jadi arkeologi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ambil subjek sejarah, sains, geography.

      Delete
    2. Dah jadi aliran sastera da tuuu..😂🤣tak paya pilih subjek sbb course ni tak kisah asal aliran mna.

      Delete
  8. hai sis, untuk course arkeologi ni, apa pekerjaan yang sesuai dengan bidang ni?and biasanya gaji berapa? saya bukan harapakan gaji tinggi tapi ada pendapatan dari web lain, gaji untuk ahli arkeologi ni tidak tinggi sangat, betul ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, terima kasih kepada yang bertanya. Soalan ni agak panjang kalau nak diulas dalam ruangan komen, dan pengetahuan saya dalam aspek prospek kerjaya arkeologi juga agak terhad. Tapi saya tak dapat nafikan gaji seorang ahli arkeologi tidaklah begitu lumayan kalau tidak menjadi seorang pakar. Jika ada masa yang terluang akan saya ulas tentang kerjaya dalam bidang ini dalam post yang akan datang insya Allah.

      Delete
  9. Hi saya calon STPM 2020 sya sangat minat dengan sejarah ni.lepas STPM sya nak ceburi bidang ni dengan kelayakan apa?sya hnya belajaran subjek sejarah tpu tidak subjek sains sebab STPM subjek dia terhad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, terima kasih atas soalan. Secara umumnya bidang arkeologi mengalu-alukan kepakaran daripada pelbagai aliran, jawapan lebih detailed saya ada ulas dalam satu post lain, boleh baca dekat sini ya: https://thoughtsandwonderss.blogspot.com/2019/03/arkeologi-satu-pandangan-satu-perjalanan.html

      Delete
  10. Hi sis?Saya baru habis spm dan saya amat meminati sejarah sejak kecil..Selain berminat untuk menjadi ahli arkeologi, saya juga berminat untuk bekerja dalam muzium..So apa prospek kerjaya yg terdapat di muzium?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Maaf saya sendiri tak ada pengalaman bekerja di muzium di Malaysia. Kebanyakan muzium kat Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Mungkin boleh check direktori pegawai untuk maklumat lanjut. Tapi ada juga muzium yang bukan di bawah JMM macam International Arts Museum Malaysia (IAMM) yang ada menjalankan labwork dan juga ada kemudahan research centre. Mungkin boleh check website IAMM untuk maklumat yang lebih tepat.

      Delete
  11. Hi! Nak tanya.. Kalau nak jd ahli arkeologi nii kene amik sains tulen ke? Or xperlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya. Bergantung kepada cabang arkeologi yang diminati.

      Delete
  12. menarik perkongsian...smoga berjaya mendpt pekerjaan trbaik ya..kalau ade adik2 nak tau psl course tourism bolehla lawat page sis https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html?showComment=1583224242285#c5971670188537659733

    ReplyDelete
  13. Hi, just curious. If kita dah ada dip & degree course office management, kita masih boleh apply BA Archaeology ke? and ada course PJJ ke utk archaeology?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, as far as I know admission requirement for BA Archaeology is quite lenient in terms of previous education background, but of course kalau nak kepastian boleh check individual university requirements :) kalau yang PJJ tu saya tak pasti, tapi ada part time courses untuk postgraduate archaeology. Hope that helps!

      Delete
  14. Hi, nak tanya.....kalau nak sambung pengajian intsitusi apa yang sesuai dan bidang apa yang perlu diambil jika ingin menjadi arkeologi? Sebab saya pelajar tingkatan 5 tahun ni

    ReplyDelete
  15. Saya pelajar spm 2020 juga dan ambik aliran perniagaan dgn seni... Boleh ke nak ambik course arkeologi😭
    Sbb saya mmg minat tapi tulah x yakin dgn diri

    ReplyDelete
  16. Hai sos,saya memang minat dengan arkeologi ni. Boleh saya tau tak,kalau nak sambung bidang arkeologi ni di luar negara macam mana. And lumayan tak gaji nya hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arkeologi?: Satu Perjalanan

Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu ' post ' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni. Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada... TAPI Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!) Kepada sesiapa yang dah pun ba...

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early...

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis...

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan...