Skip to main content

Arkeologi?: Satu Perjalanan


Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu 'post' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni.

Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada...

TAPI

Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!)

Kepada sesiapa yang dah pun baca post aku yang dulu tu, dah tahu la kan apa tu bidang arkeologi? Jadi..rasa berminat dengan bidang arkeologi tapi masih tertanya-tanya? Hmmm salah satu soalan di bawah ini mungkin pernah bermain di minda kalian...huhu

Soalan 1: Saya nak belajar dalam bidang arkeologi... Tapi saya pelajar aliran sastera.... Boleh ke?

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"


Salah satu perkara yang menarik tentang bidang arkeologi ialah bidang ini bersifat 'multidisiplin'. Oleh itu, untuk menceburi bidang arkeologi, latar belakang pendidikan bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Bahkan umur juga bukanlah satu masalah - tiada istilah terlalu lewat untuk memulakan langkah berjinak-jinak dalam bidang ini XD Bukan pelajar bidang arkeologi sahaja yang boleh jadi ahli arkeologi! Boleh jadi anda merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang biologi, kimia, sains forensik, bahasa, geologi, sosiologi, antropologi, ahli sejarah atau ahli falsafah... (secara jujurnya tak kiralah bidang apa sekalipun), tetapi tak mustahil anda meluangkan masa di tapak ekskavasi, tak pun dalam makmal analisis artefak sebagai satu kerjaya.

Sebagai contoh, satu organisasi bercadang untuk menjalankan satu kajian arkeologi. Langkah pertama projek merupakan kajian tentang projek tu yang bukan sahaja melibatkan pakar dalam bidang arkeologi tapi juga pakar dalam bidang sejarah, antropologi, sosiologi, dan banyak lagi. Sebelum ekskavasi bermula, kita memerlukan kerja-kerja geofizik, untuk 'survey' tapak dan sebagainya. Kemudian, mestilah ada orang yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi. Selepas ekskavasi, akan ada pula sebahagian daripada kumpulan projek tadi yang akan menganalisis artefak, ha bahagian inilah yang memerlukan keparakan saintifik dalam bidang biologi dan kimia, contohnya pakar geologi, osteologi, palinologi, forensik antropologi dan sebagainya. Jadi, boleh nampak tak macam mana bidang arkeologi itu sendiri memerlukan (dan meminjam) kepakaran daripada pelbagai bidang lain?  Haaaa maka tak perlulah resah dan gelisah lagi, bak kata Paul Bahn,
archaeology.... (has) something to offer everyone, and which welcomes everybody - even, or especially, misfits, nerds, and the socially challenged who should find it more fulfilling than trainspotting or surfing the Internet. - (2012: 7)
(He's being sarcastic everyone, don't worry, we ain't nerds 😂)

Soalan 2: Saya nak ambil jurusan arkeologi... Macam mana dan di mana?

Jurusan Arkeologi di Malaysia

1. Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG)

Untuk pelajar sarjana muda (undergraduates) PPAG USM menawarkan program Minor Arkeologi, yang mana program ini bukanlah ijazah utama tetapi subjek sampingan kepada ijazah utama (major) tersebut. Program minor diperkenalkan di USM untuk menggalakkan pengajian antara disiplin, yang membolehkan pelajar Sains mengambil kursus pilihan dalam bidang Sastera dan pelajar Sastera pula mengikuti kursus-kursus Sains. Untuk program minor arkeologi, tiada prasyarat bagi setiap kursus yang ditawarkan. Maka, syarat kemasukan ke USM adalah bergantung kepada syarat pengambilan dalam bidang major yang anda pilih, sama ada melalui STPM, Matrikulasi KPM, Asasi UM, Asasi UiTM, Diploma, A-Level, IB, AUSMAT, SAM dan lain-lain (untuk syarat kemasukan klik sini).

Untuk pelajar siswazah (postgraduates), PPAG USM menawarkan program MA dan PhD dalam bidang arkeologi. Maklumat lanjut tentang kedua-dua program boleh didapati daripada pautan di bawah:

https://arkeologi.usm.my/index.php/ms/program

2. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Di UKM, ATMA hanya menawarkan program siswazah (postgraduates) dalam bidang arkeologi. Untuk maklumat lanjut tentang program yang ditawarkan dan bidang penyelidikan di ATMA, boleh rujuk lawan web di bawah:


Jurusan Arkeologi di Luar Negara

Secara ringkasnya, ijazah arkeologi di luar negara lebih meluas kerana ia ditawarkan di banyak universiti di serata dunia termasuklah di UK, US, Australia, serta negara-negara di Asia, Eropah dan juga Afrika! Selain ijazah 'BA/BSc Archaeology', terdapat juga ijazah dalam bidang ini yang lebih spesifik. Di UK, sebagai contoh, jurusan arkeologi ditawarkan dengan pelbagai pilihan, seperti 'Classical Archaeology", 'Egyptian Archaeology', 'Greek Archaeology', 'Archaeology and Anthropology', dan sebagainya. Modul arkeologi juga ditawarkan kepada pelajar dalam bidang lain sebagai modul elektif, dan juga sebaliknya (cross discipline studies). 

Senarai universiti luar negara yang menawarkan archaeology degree:

Soalan 3: Saya nak jadi ahli arkeologi... Susah ke?

Soalan ni perlu ditanyakan kepada seseorang yang sudah pun bergelar ahli arkeologi! Hahahaha, jadi sudah pasti orang yang menulis ini bukanlah orang yang paling tepat untuk menjawab soalan tersebut. Komen ringkas untuk soalan ni boleh rujuk di ruangan 'comments' dalam post yang lepas (Arkeologi?). Tapi, kalau nak tahu tentang cabaran yang dihadapi (dan pengalaman) sebagai seorang ahli arkeologi Malaysia di USM, boleh tengok video ni, khas daripada CIMB! (Maaf Encik Shaiful, saya 'terpaksa' guna video ni 😬 ni je promo yang terbaik - harap halalkan eh hehe)


Sampai di sini sahaja buat masa ni. Harap bermanfaat dan semoga berjumpa di lain masa :)

Oh, dan kepada yang baru nak memulakan atau masih dalam perjalanan untuk mengejar impian dan cita-cita tu, semoga berjaya!

Comments

  1. Kalau lepasan diploma nak masuk ke peringkat ijazah dlm bidang arkeologi apa syaratnya ?

    ReplyDelete
  2. Saya memang berminat dalam bidang arkeologi dan sejarah, Tetapi tidak tahu bagaimana untuk mula menceburi bidang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulakan aply trus utk diploma dlm bidg ni la ..

      Delete
  3. Apa laluan nk ambik course arkeologi ni dr spm dn seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk soalan nombor 2 dalam post ni ya 😄 kalau ada soalan lanjut boleh emel saja :)

      Delete
  4. hai..nice info .. menarik arkeo ni..sapa sukekan sejarah tu bgus kan ambil ni..good sharing ...btw..akak nk share ya..pd adik2 yg ada minat nak masuk program ni..

    pendidikan awal kanak kanak
    geomatik dan ukur tanah/juruteknik/pelan senibina
    beutician and spa
    farmasi dan pembantu perubatan.

    bole wsp akak bg info advice 011-16930576

    ade program under jpk.

    ReplyDelete
  5. Hai saya lepasan spm 2020,and plan nk masuk form 6 dgn mengambil subjek geo dan sej bolehkan amik bidang ni kalau dah habis stpm nanti? 😁

    ReplyDelete
  6. Hii, saya memng minat dari sekolah lagi bidang archeology malangnye saye terpaksa follow family decision untuk jadi hairstylist , sbb masalah kewangan nk sambung study , soo skrng saya dah fully bekerja but minat tntng archeology mmng x leh tinggal hampir puluhan buku saya adalah sejarah peradaban manusia. .adakah Jika saya nk masuk dlm kerjaya bidang ini memerlukan sijil basic archeology? Atau saye bleh ambil any short course ??

    ReplyDelete
  7. Hi nk tanya tahun ni saya habis spm bukan 3 and saya amik akiran sastera nak isi kat USM tu nk tekan bahgian mana ye saya cari arkeologi tak ada pon kursus itu dekat situ macam mana ye help me please

    ReplyDelete
  8. Banyak ker peluang kerja dalam bidang arkeologi kat Malaysia nie..n gaji OK x..nk tnya en dah bekerja sebagai AHLI Arkeologi ker

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arkeologi?

“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018 Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya.  Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan  everything .  Maaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary.   Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya?  1.        It is about history , politics , and economics Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past , kita kena ta...

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early...

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis...

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan...