Hujung minggu tak sah
kalau kaki ni tak jejak luar rumah. Jadi ‘highlight’ minggu ni tak ada lah
gempak mana hehehe, cuma ada sesuatu yang tercetus di minda ceh XD (maaf tapi
entri kali ni sangatlah sempoi dan selamba, rindu nak cakap Bahasa Melayu tak
standard hahaha)
Destinasi minggu ni
tak jauh, Malaysian Hall je hehehe. Ada apa kat sini? Senang cerita, The Kalsom
Movement, salah satu student-led
organisations ni ada buat program ‘Fundraising Launch’, yang mana nama lain
dia, ‘Talent for Charity’. Menarik! Sangat menarik, bila orang-orang yang
mempunyai bakat terpendam ni bercerita tentang bakat diorang. Baru kita sedar
banyak betul benda boleh buat dalam dunia ni hahaha
'Bakat’ ni apa benda sebenarnya? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bakat ni maksud dia kebolehan semula jadi. Semula jadi tu, maksudnya, sejak lahir la kan? Maksudnya, memang ada dalam diri kita cuma mungkin kita tak tahu, betul tak? Contohnya, macam mana orang tu nak tahu dia berbakat dalam bidang masakan kalau dia tak pernah masuk dapur? Macam mana orang tu nak tahu dia berbakat dalam bidang kaligrafi tapi pen kaligrafi pun tak pernah pegang? Haaaaaaaa, macam mana? Macam mana??
Tapi jap, kenapa eh? Kenapa kena tahu kita ni ada bakat ke tak? Penting sangat ke ada bakat ni? Elok je hidup tak tahu ada bakat apa selama ni hahaha
Hmmm… Belajar. Test. Tidur lewat. Siapkan assignment. Buat homework. Memang ni je ke rutin harian student? Ha ah, memang. Tak payah Google pun dah nampak perkataan
‘study’ dalam perkataan ‘student’ tu. Tapi, sejauh mana kita boleh pergi dengan
‘study’ semata-mata?
Mungkin hidup tengah elok sekarang,
tapi masa
depan bukan sesuatu yang pasti ye rakan-rakan XD Bak kata Paul Bahn,
“…in these days when even the
‘safe’ areas like banking no longer guarantee a job for life,…”
Eh.
Maksudnya…
Bukan Malaysia je yang
bergelumang dengan ‘unemployment crisis’ ni. Ini isu global. Ini bukan cubaan,
ini betul-betul. Mungkin, disebabkan keadaan semasa yang membimbangkan ni,
ramai orang mula menceburi bidang perniagaan. Mungkin sebab tak ada alasan
untuk menghalang seseorang tu daripada menjadi seorang usahawan. Atau mungkin,
sebab Rasulullah pun ada bersabda bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki itu
datangnya daripada perniagaan. Uuuuu, menarik. Tapi, nak jadi usahawan ni bukan
senang. Kesabaran, ketabahan, tekad dan semangat juang yang tinggi tu wajib!
Kalau tak, memang tak bertahan lama lah rasanya.
Ehem, kalau nak
berniaga pun, nak berniaga apa? Hahahaha, maka inilah kepentingan meneroka
bakat yang terpendam dalam diri anda! Memasak, melukis, mewarna, menyanyi,
menari, bersukan, bersajak, ha sebut la seribu bakat sekali pun, everyone
is good at something, and there is always something you can do out of
it. Baca Quran pun boleh jadi bakat ye (menurut seorang sahabat saya
yang dikasihi), manalah tahu satu hari nanti korang boleh jadi guru mengaji,
selain membantu memperjuangkan agama, sekurang-kurangnya boleh juga menjana
sumber pendapatan, tak gitu? (yang penting niat tu betul ye eheh)
Perniagaan?
Pendapatan? Duit? Jadi kaya? Gila harta ke apa dia ni? Hahahaha tak tak, bukan
macam tu.
‘Guna’ dan ‘simpan’
ada bezanya ‘Keperluan’ dengan ‘matlamat’ ada bezanya. Duit ni keperluan, tapi
dia bukan matlamat. Duit ni bukan benda yang kita nak simpan dan kumpul
banyak-banyak nak bagi dia tinggi macam bukit sebab dia bukan ‘end goal’. Tapi
duit ni kita kumpul sebab tu salah satu jalan nak mencapai ‘end goal’ sebenar
kita, jalan nak ke syurga.
Weh serius? Kumpul
duit boleh masuk syurga? Haha, insya Allah. Sebab salah satu benda yang
Allah nilai kita daripada kehidupan kita kat dunia yang fana’ ni kan amal
jariah kita. Dalam dunia globalisasi yang serba moden ni, yang mana ‘duit
bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit’, nak beramal pun kena pakai duit tau. Oleh sebab itulah
kepentingan mempunyai sumber pendapatan (bagi yang mampu) itu sesuatu yang
tidak dapat disangkal lagi.
Jadi, ada bakat je pun
dah boleh ‘survive’ ke?
Tak payah study la ni??
Kita berniaga je??
Errr, tanggungjawab
untuk menuntut ilmu tu, memang tak boleh lari okay haha
Analoginya, kita
semua, berada di atas satu jalan utama ni. Tapi, ada orang waktu dia lalu jalan
tu clear, ada masanya, jalan utama ni ada traffic jam, sebab ramai sangat lalu
pada masa yang sama. Yang clear tu alhamdulillah, yang jam ni kadang-kadang
terpaksa ambil jalan alternatif.
Macam tu lah degree. Degree
ni saya ibaratkan macam main road sebab dunia sekarang menilai kelayakan
seseorang berdasarkan tahap pendidikan dia, jadi seseorang tu ada ‘higher
chance of being qualified’ dengan degree. (Tapi, tak semua. Mungkin.) Ada orang
dia berjaya menceburi bidang kerjaya dia melalui jalan utama, tak lain tak
bukan, dengan segulung ijazah yang dia ada. Ada orang yang jalan cerita hidup
dia lain, kena ambil jalan-jalan alternatif yang ada, contohnya macam kita
tengok tadi, berniaga. Tak salah pun ambil jalan alternatif, malah, sekaranglah
masanya untuk kita mempersiapkan diri dengan cabaran hidup masa depan yang tak
terduga, tak terfikir dek akal.
Maka, jangan terlalu
mengharap sesuatu yang tidak pasti ye! XD
Hope for the best,
Prepare for the worst.
It's never too late to start, it's better late, than never ;)
It's never too late to start, it's better late, than never ;)
Yang benar,
Insan yang masih
meneroka bakat diri sendiri haha
p/s: gambar-gambar di atas ialah hiasan semata-mata, Abah mesti gelak je kalau tengok betapa buruknya khat ni huhu (tu la kecik-kecik dulu tak nak belajar dengan Abah adui)
p/s: gambar-gambar di atas ialah hiasan semata-mata, Abah mesti gelak je kalau tengok betapa buruknya khat ni huhu (tu la kecik-kecik dulu tak nak belajar dengan Abah adui)
Hahah, yeah, nowadays it's really hard to get work. Just find your interest and something you're talented for and make money from it. Having degree in nowadays is a must. Diploma alone isn't enough anymore. Right now I'm taking a degree in Software Engineering. It's stressful but it's fun because I love software. Phew, there's another 1 year and half to go for me :)
ReplyDeleteSoftware engineering! Sounds interesting (and tough too XD) good luck for your degree and all the best for your future too! :)
DeleteWeh cantik la tuu. Saya pun still merangkak-rangkak nak buat khat even tu subjek wajib XD fighting mizah!! In everything you do :)
ReplyDeleteThanks Ummi :) Fighting jugak!! Make nice khat for me hehe XD
Delete