Aku tak merancang nak tulis panjang. Cerita ni cerita sebulan yang lalu. Kisah yang bermula pada tanggal 10 Jun 2018 jam 1330 tengah hari...
"Don't leave me," Adlina bersuara dari dalam selimut. 'I wish, Adlina, I wish.' Sejujurnya aku memang not in the mood to go. Kadang-kadang aku harap aku boleh tunda benda ni dan balik rumah macam orang lain. But, I don't see myself taking that as a choice...huh
Dalam aku menguatkan diri untuk melangkah pergi tu pun, aku tak mampu nak bertahan lama. Dalam perjalanan dari Victoria Station ke Chichester, aku menangis sendiri dalam gerabak keretapi yang sememangnya tak kosong. Tak ada orang yang nampak, tapi aku rasa orang lain boleh je dengar. Ada aku kisah? Waktu tu, I just can't be bothered. Aku bertolak jam 1433 petang dari stesen, kira-kira baru sejam selepas aku keluar dari rumah tapi, aku dah mula rindu semua orang, terutamanya roommate kesayangan aku yang aku tinggalkan keseorangan di Gower Street. Kalaulah ada orang yang aku boleh peluk dalam train tu, mungkin aku okey la sikit. Malangnya, aku hanya mampu bersandar pada Encik Tingkap yang kaku di sebelah. Sepanjang perjalanan aku berharap aku akan tidur dan bila aku terbangun, aku akan nampak papan tanda Stesen KTM Tapah Road, ataupun Stesen KTM Kuala Kangsar. Tapi tu lah, kalau ternampak pun, dalam mimpi je lah.
Sheeps in Arundel! |
"Why didn't you get exemption from your imam?"
Tanya lecturer aku bila aku bagitahu yang aku puasa. Imam? Imam mana ni? Imam masjid? Imam surau? Imam mazhab? Ke bakal imam rumahtangga aku...? *uhuk* Dulu aku belajar pasal orang yang dibolehkan untuk berbuka puasa macam orang yang sakit, menyusukan anak ke, mengandung ke. Tapi.. tak pernah dengar pulak pasal mintak exemption from any imam hmmm. Oleh kerana aku pun tak pasti apa exemption yang dia maksudkan, aku cuma mampu terdiam. (Kalau ada sesiapa yang tahu bab ni, mohon pm sis, sis keliru ni huhu)
First iftar; vegetarian burger and mashed potato |
Hari pertama masuk site, aku cuba puasa, nak tengok larat tak aku tahan sampai petang. Kalau tak mampu, aku tak nak la paksa diri sendiri. Tapi alhamdulillah la, Allah bagi juga aku kekuatan untuk puasa 18 jam dengan kerja-kerja dekat site tu hehe. Setiap hari aku akan simpan makanan sarapan aku (diorang akan sediakan roti dan cereal tapi aku akan tapau roti) untuk sahur keesokan harinya, dan aku akan tapau makanan dinner pukul 6 petang tu untuk iftar aku pukul 9 malam. Hari sebelumnya aku berbuka dalam khemah sorang-sorang. Tapi hari tu aku mula stay dekat campfire sambil bersembang dengan Liv, my Danish friend, sementara menunggu masuknya waktu Maghrib. Wow, I felt much better cause my time is occupied. Tahulah aku bila aku sorang-sorang tu lah homesick mula menyerang dengan jayanya, jadi aku mula mengelakkan diri atau minimize masa aku dalam khemah keseorangan.
NAMUN BEGITU...
Nak kata betapa teruknya homesick aku, hari kedua dekat site, aku boleh menangis waktu tengah trowelling. Ya Allah, manjanya! Mengalahkan budak form 1 yang baru masuk asrama! 7 tahun duduk asrama tak pernah2 pulak menangis sebab homesick hadui
Hari ketiga, aku dengan Emmy excavate area yang sama. Emmy ni a British girl tapi ada Thai blood. Jadi sepanjang hari tu kami duduk membawang pasal Asian food, specifically Malaysian and Thai food. Walaupun banyak berborak pasal kampung halaman aku yang tercinta, aku lupa kejap pasal homesick aku. Ha tu lah, kan aku dah cakap, aku tak boleh duduk sorang. Kerja pun kena berteman hahaha. Sorry but I just need some distraction huhu
Alhamdulillah hari-hari seterusnya homesick aku makin berkurangan hehe. Ada hari yang aku tak terbangun sahur, ada hari yang aku tak mampu nak terawih sebab sejuk sangat dalam khemah tu. Baru aku sedar betapa nikmatnya boleh puasa macam biasa dekat rumah. Dekat luar ni macam-macam dugaan dan halangannya isk isk
Homesick aku memuncak semula waktu malam raya dan pagi raya. Dah lah hari raya pun kena kerja bawah panas sebab hari Jumaat masih hari berkerja kan huhu apalah nasib. Tapi weekend tu aku dengan kawan-kawan aku banyak jalan-jalan melawat bandar Chichester, Singleton, dan West Dean. Jadi, tak adalah aku penat sangat melayan homesick yang tak berkesudahan.
Market Cross, Chichester |
Interior rooftop view of Chichester Cathedral (tak boleh ambik gambar from center sebab sebelah tempat aku berdiri tu ada bowl for baptism) |
One of the views on Wall Walk, Chichester |
With my group-mates, Amy, Katherine and Lydia at West Dean Gardens |
Minggu kedua fieldwork aku berlalu dengan sangat pantas. Mungkin sebab banyak sangat aktiviti, entahlah, aku pun tak pasti. Tapi memang rasa macam cepat la. Tiba-tiba dah nak balik hahaha. Of course lah I excited. Sorry friends I really really enjoy our time together tapi keadaan tak mengizinkan untuk bersedih nak tinggal site huehue
Finds processing: sieving (other activities in our second week include geophysics survey, flotation and conservation) |
Visiting Bosham Quay on our 'Landscape Walk' |
Mark gave us strawberries but it reminded me of Cameron Highland :') |
Pengajaran yang aku dapat daripada kisah 2 minggu yang perit (ceh) ni ialah:
1. Kalau bersedih, jangan berseorangan. Sebenarnya sejak aku dekat KY memang aku akan cari orang bila aku stress atau down. Bukan sebab nak cerita masalah atau lari dari masalah, tapi sebab tak nak hanyut dengan fikiran yang boleh merosakkan diri sendiri. Selalunya aku melepak bilik Izzatul. Kalau teruk sangat sampai KY tu pun aku tak boleh nak tengok, aku sanggup naik KTM pergi KL and stay with Amni hahaha
2. Live within the moment. Jangan dikenang apa yang tak ada tapi hargai apa yang ada. Aku bersyukur ada kawan-kawan yang aku boleh get along quite well waktu fieldwork tu. Walaupun ucapan 'Selamat Hari Raya' aku banyak datang daripada Instagram and WhatsApp je, sekurang-kurangnya dapat jugak aku merasa lecturer aku wish 'Happy Eid' dan Emmy pulak wish 'Eid Mubarak' kat aku. Aku tak pernah merasa any other wish than 'Selamat Hari Raya' or 'Salam Aidilifitri' sebelum ni hahaha
3. Try to do your best and don't give up. Hidup ni kena jadi tough sikit, tak boleh ikutkan hati sangat, nanti sampai bila-bila jadi tak kuat. Patah balik tengok niat dan sebab kita buat sesuatu perkara. Doa banyak-banyak supaya Allah bagi kekuatan nak teruskan. "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya..." (2:286)
Banyak lagi benda yang aku boleh belajar, tapi setakat ni, sampai di sini dahulu warkah saya. Semoga bertemu di lain masa eheh :D
Comments
Post a Comment