Skip to main content

Surat Cinta: Putus?


Dalam suka, ada gelisah di dalam jiwa
Dalam gembira, ada sendu di hujung tawa
Dalam diamnya lisan, ada hati yang berbicara
Dalam doa, ada rindu menjemput hiba

Dalam kita mengatur langkah ke penghujung semester atau penghujung tahun ni, dengar cerita biasanya ramai yang dibelenggu dengan ujian-ujian yang menggugat ketahanan jiwa raga dalam meneruskan kehidupan. Mungkin, aku juga tidak terkecuali.

Ada masanya, hati terasa bagai tak mampu lagi untuk bertahan, kaki terasa tak mampu lagi untuk melangkah, tak ada lagi daya untuk memujuk diri untuk bangkit kembali. Impian yang dahulunya membakar semangat seakan sirna dikaburi halangan tanpa henti, tak kiralah dek masalah kerja yang kelihatan seperti tiada penghujungnya, masalah emosi yang tak seimbang dari hari ke hari, atau masalah yang sebenarnya bukan masalah tapi kita yang melihatnya sebagai satu masalah. (Ha cemane tu 🤔)

Sebagai seorang insan yang tak berpengalaman dalam bab-bab bimbingan dan kaunseling ni, aku cuma nak selit sikit ayat-ayat daripada Surat Cinta Allah yang kita pun mungkin dah lama tak meluangkan masa membacanya oleh sebab terlalu sibuk menguruskan hal dunia (hmmm).

Sabda Rasulullah saw:

"Alangkah menakjubkan urusan orang yang beriman. Tidaklah Allah menetapkan suatu ketetapan baginya, melainkan hal itu baik baginya. Jika dia tertimpa kesulitan, dia bersabar, maka hal itu baik baginya. Dan jika dia memperoleh kesenangan, dia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Yang demikian itu tidak diperuntukkan bagi seorang pun kecuali bagi orang yang beriman." (HR An-Nasa'i)

Memetik sepotong ayat yang pernah disebut oleh seseorang kepada aku suatu masa dahulu,

"Dalam dunia ni, banyak perkara yang sebenarnya merupakan rahsia Allah. Tapi kita sebagai manusia, selalu sibuk memikirkan perkara yang hanya akan kekal menjadi rahsia Dia (sampailah tiba waktunya)"

Yang menjadi senjata seorang mukmin itu ialah doanya, yang menjadi sumber kekuatan seorang manusia itu ialah Tuhannya. Maka yang menjadi jalan untuk seseorang itu bergantung harapan adalah dengan kembali kepada Penciptanya. Dan apabila tiba suatu masa, Dia mengurniakan nikmat dan kesenangan terhadap hambaNya, jangan lupa bersyukur dengan habuan dunia yang sementara, agar tak putus rahmat dan kasih sayangNya kepada kita, hamba yang sentiasa lalai dan terleka.

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas atas apa yang mereka kerjakan." (Yunus, 10:12)

Namun begitu, orang yang dikurniakan hidayah dan kebenaran, taufik dan petunjuk dari Allah, mereka adalah antara golongan yang dikecualikan daripada hal yang sedemikian, sebagaimana firman Nya:

"Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan setelah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripada ku." Sesungguhnya dia merasa sangat gembira lagi bangga. Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan kebajikan; mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar." (Hud, 11:10-11)

Walau bagaimanapun, dalam masa kita semua sedang mencari secebis ketenangan dan kekuatan dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh dengan onak duri ini, sebagai nasihat untuk diri aku sendiri, aku hanya nak mengingatkan (disunting daripada quote Ustaz Adnin Roslan),

Tika kau putus cinta, putus tali persahabatan, putus asa, mahupun putus harapan, mungkin kau rasa seolah-olah kau kehilangan seseorang yang kau cintai ataupun sesuatu yang sangat kau ingini.
Namun hakikatnya, kau silap. Yang kau hilang ialah cinta DIA, dan kau juga hilang diri KAU sendiri.
Carilah ia kembali.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arkeologi?: Satu Perjalanan

Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu ' post ' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni. Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada... TAPI Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!) Kepada sesiapa yang dah pun ba

Arkeologi?

“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018 Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya.  Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan  everything .  Maaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary.   Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya?  1.        It is about history , politics , and economics Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past , kita kena tahu sejarah orang zaman dahulu, terutama sekali sebab k

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan