Skip to main content

Ababil


'Ulul Albab', satu frasa yang tak asing lagi bagi aku sejak melangkah ke alam sekolah menengah - salah satu misi/visi alma mater aku selama lima tahun itu adalah untuk 'melahirkan generasi ulul albab, yang cemerlang dari segi quranik, ijtihadik dan ensiklopedik'. 'Ulul Albab' yang disebutkan sebanyak 16 kali dalam al-Qur'an ini membawa maksud "golongan manusia yang menjadikan kisah silam sebagai pengajaran dan iktibar untuk memperbaiki diri dan meningkatkan taraf kehidupan supaya mereka mencapai kejayaan dengan petunjuk Ilahi". Salah satu ayat al-Qur'an yang menyebut frasa 'ulul albab' ini ialah ayat 111 (ayat terakhir) surah Yusuf:
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran ('ibrah) bagi orang-orang yang mempunyai 'akal (ulil albab). Al-Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Istilah 'qososihim' atau 'kisah-kisah mereka' dalam ayat ini mungkin merujuk kepada kisah-kisah semua nabi, atau mungkin hanya merujuk kepada kisah Nabi Yusuf, atau kisah-kisah yang berlaku pada zaman Nabi Yusuf, wallahua'lam. Yang menarik perhatian aku ialah isi ayat yang paling akhir surah ini, yang menegaskan bahawa al-Qur'an itu sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman, yang berakal; yang mengambil pengajaran.

Sekian muqaddimah. Ceritanya aku duduk melayan lagu-lagu Raihan 'on repeat' dekat Spotify semenjak dua tiga bulan ni. Tiba-tiba satu rangkap daripada lagu 'Ababil' daripada Raihan terasa dekat di hati. Sebelum aku cerita rangkap yang mana dan kenapa, aku rasa eloklah kalau kita ulang kaji sikit kisah Ababil ni. Aku rasa ramai yang sedia maklum, lagi-lagi kalau korang selalu melazimi juzu' 'amma (Juzuk 30) kisah burung Ababil ini disebutkan dalam surah Al-Fiil (Gajah), surah ke-105 dalam al-Qur'an.

Rangkap pertama lagu 'Ababil' nyanyian Raihan berbunyi begini:
"Bagai gempa bumi yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah ingin memusnahkan Kota Mekah
Kerana dengki dan benci terhadap rumah Allah"

Kisahnya bermula apabila bangsa Persia (Persian) dan Romawi (Roman) berasa tak senang dengan perkembangan umat Islam di Tanah Arab, lalu berniat untuk menghancurkan Ka'bah sebab mereka tahu kalau Ka'bah dihancurkan, usaha untuk memperluaskan ajaran Kristian lebih mudah. Jadi, Raja Persia dan Romawi kemudiannya mula menguasai Yaman, salah satu wilayah Timur Tengah sebagai langkah pertama dalam perancangan mereka menyerang Ka'bah, yang kemudiannya membawa kepada pelantikan Abrahah sebagai Raja Yaman (juga dikenali sebagai pemimpin boneka bangsa Persia dan Romawi). Di bawah kepimpinan Abrahah inilah, serangan ke atas Ka'bah dilakukan buat kali pertama dalam sejarah, bahkan dicatat dalam al-Qur'an (surah al-Fiil).

Dipendekkan cerita, setelah usaha lain untuk mengajak bangsa Arab memeluk Kristian tak berhasil, maka akhirnya sampailah Abrahah di Mekah dengan rancangan meganya untuk menghancurkan Ka'bah. Setelah Kota Mekah berjaya dikuasai, Abrahah mengutus Hunata untuk menyampaikan pesan kepada pemimpin kaum Quraisy pada saat itu:

"Tanyakan, siapa pemimpin negeri ini dan katakan padanya, 'kami datang bukan untuk berperang melainkan hanya untuk menghancurkan Ka'bah. Kami tidak akan membunuh mereka selama mereka tidak memerangi kami'."

Setelah mendapat pesan yang disampaikan Hunata, Abdul Mutalib berkata:

"Demi Allah swt kami tidak ingin berperang dengan Abrahah dan kami juga tidak mampu memeranginya. Ini adalah rumah Allah swt dan rumah kekasihnya Ibrahim," Abdul Mutalib kemudiannya bertemu dengan Abrahah bersama Hunata dan meminta 200 ekor unta miliknya yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. 

Kata Abrahah: "...Aku merasa kagum padanya dan mendengarkan semua perkataanya. Tetapi bagaimana mungkin dia lebih mementingkan unta-untanya dan membiarkan rumah ibadah yang menjadi agamanya dan agama nenek moyangnya aku hancurkan?"

Jawab Abdul Mutalib: "Aku adalah pemilik unta-unta itu, sementara Ka'bah ada pemiliknya sendiri yang akan melindunginya,"

Abrahah kemudiannya berkata: "Dan sekarang ini, Tuhan Ka'bah itu tak mampu menghalangku,"

Jawab Abdul Mutalib: "Itu urusan anda dengan-Nya."

Walau bagaimanapun, Abdul Mutalib tidak berdiam diri terhadap usaha Abrahah untuk menghancurkan Ka'bah. Abdul Mutalib menawarkan sebahagian hartanya namun masih tidak berjaya membuat Abrahah tawar hati dengan perancangannya. Maka setelah usahanya tak membuahkan hasil, Abdul Mutalib memerintahkan penduduk Mekah meninggalkan kota tersebut dan hanya mampu berdoa, "Wahai Tuhanku, aku tidak berharap sesiapa pun mengalahkan mereka selain Engkau."

Seperti yang diceritakan dalam rangkap kedua 'Ababil':
"Tiada yang mampu untuk membantu
Mukmin hanya berserah kepada yang empunya Ka'bah
Yakin dan berdoa Allah sendiri yang akan menjaganya"

Dengan kekuasaan dan kebesaran Allah, dalam perjalanan menuju Ka'bah, tentera bergajah Abrahah diserang ribuan burung yang keluar dari laut dan masing-masing mebawa tiga buah batu kecil yang diselitkan pada paruh dan dua kakinya untuk dilemparkan kepada pasukan Abrahah. Menurut sejarah, dalam sekelip mata Abrahah dan tenteranya tewas, dan tidak meninggalkan jejak walau sedikit pun. 

Begitulah cerita yang dirumuskan dalam rangkap seterusnya:
"Burung-burung Ababil dikirim Allah
Melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
Menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaan-Nya"

Bila baca balik maksud surah al-Fiil, rasa meremang juga bulu roma. 

"1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah (ashabil fiil)? 2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? 3. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, 4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, 5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)."

* * *

Epilog / Refleksi Diri

Rangkap yang membuatkan aku terkesan dengan cerita tentera Abrahah ini sebenarnya ialah rangkap korus lagu 'Ababil':

Ababil, kisah benar dari al-Qur'an
Ababil, bukan hanya kisah dongengan
Ababil, satu bukti bantuan Tuhan
Jika kita bertaqwa dan bertawakal
Kepada-Nya

April 2019. Alkisahnya waktu itu aku dilanda hujan assignments. Cuti musim bunga bermula 23 Mac sehingga 23 April, tapi dari 24 sehingga 29 Mac aku bertapa di Snowdonia, Wales untuk Duke of Edinburgh Trial Expedition. Seminggu selepas itu, bermula 7 April sehingga 20 April, aku diterbangkan pula ke Cyprus, untuk menghadiri satu field school yang merupakan sebahagian daripada fieldwork requirement aku. 

Yang merunsingkan aku pada ketika itu ialah assignments aku yang perlu dihantar pada/sebelum 5 April, 8 April, dan 16 April. Tak cukup dengan itu, paper pertama untuk final exam aku adalah pada 25 April, 4 hari selepas aku selamat mendarat di London. Pada mulanya, aku merancang untuk menghantar semua assignments aku sebelum aku terbang ke Cyprus; sebelum 7 April - maksudnya aku perlu luangkan masa seminggu dari 30 Mac sehingga 6 April untuk siapkan tiga assignments. Namun apalah nasib aku apabila projek 4000 perkataan yang aku perlu hantar pada 5 April itu terpaksa aku tukar pada saat akhir - tiga, empat hari sebelum deadline - sebab tak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh module co-ordinator. Aku rasa itulah kemuncak stress aku untuk tahun ni.

23 Mac, sebelum aku pergi Wales, sempat aku coretkan sepatah dua kata dalam lembaran jurnal peribadi aku:

"Balik from Wales, permudahkan urusan aku untuk buat coursework. I seriously don't know if I'm gonna have enough time, but I know You will help me through it. Please do, cause I'm tired of having this anxiety of the future."

Despite all the faith I have, benda pertama aku buat bila dapat e-mel daripada co-ordinator aku tu ialah..? Menangis. Serius aku rasa macam dah putus harapan. Aku rasa macam there's too many things to deal with at one particular time. Extension was not an option yang aku consider waktu tu sebab 1) kalau aku extend pun I was gonna commit my time to a fieldwork that I have got to attend and 2) aku nak study untuk exam pulak lepas habis fieldwork. The conclusion is: there's no other time. Pendek cerita, aku dapat WhatsApp daripada Kak Ummi, pendek dan biasa je, tapi aku rasa sangat meaningful waktu tu:

"One by one okay. Bit by bit. Do what you can first. Planning."

"Yeah I'm trying to. Trying to stay calm too,"

"Selawat banyak-banyak okay. Prioritise solat dulu. Everything will feel so good"

Aku menangis ada la sejam ke dua jam kot hari tu. Bila dah penat, aku bukak buku, plan satu-satu apa yang aku perlu buat, bukannya apa yang aku nak buat. Maksudnya? Basically I had to scrap off the idea of sending all 3 assignments. Aku end up hantar dua assignments sebelum field school. Alhamdulillah, berkat bantuan Allah dan sokongan moral family aku, aku sempat hantar projek aku pada 5 April, dan aku hantar assignment kedua aku sebelum 8 April (aku tak ingat aku hantar 6hb atau 7hb). Assignment ke-3 yang due 16hb tu? Aku luangkan masa tidur lewat atau bangun awal sikit daripada orang lain untuk buat assignment tu waktu kat Cyprus - senang cerita tak payah tidur la lepas Subuh (Subuh awal kat Cyprus waktu tu, start pukul 4 tak silap, pukul 6 dah syuruk). Lepas hantar assignment tu, aku masih bangun awal pada hari-hari seterusnya, sebab nak kena study untuk exam pulak. Aku rasa sepanjang dua minggu fieldwork dekat Cyprus tu aku tak pernah dapat tidur yang cukup hahaha.

Aku tahu, hidup ni mana ada benda yang senang. Bak kata orang, bukan setiap hari boleh belayar di lautan luas tanpa ribut taufan menggoyangkan kapal. Tapi, kenapa kita terus belayar juga? Sebab perasaan yakin yang Allah akan menjaga kapal ini daripada karam di dasar lautan. Aku percaya doa yang tidak putus itu kunci kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Dan aku yakin berkat kiriman doa daripada orang-orang sekeliling aku juga, alhamdulillah ketiga-tiga assignments yang buat hidup aku tak tentu arah dalam masa seminggu tu, aku 'pass' kesemuanya dengan jayanya - bukan selalu aku boleh dapat first class dalam assignments. First paper exam aku tu, aku dapat 2:1. Given that it's an anthropology paper, dan aku pun tak adalah pro sangat dengan module tu, itu pun dah cukup bagus dah bagi aku, alhamdulillah. 

Sebagai manusia biasa, ada hari mungkin aku akan rasa tertekan lagi. Ada hari mungkin aku akan menangis lagi. Cuma untuk melalui saat-saat genting dalam hidup seperti itu lagi pada masa akan datang, aku kena selalu ingatkan diri sendiri,

Seperti kiriman burung Ababil,
Bantuan Tuhan itu pasti akan tiba
Jika kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa dan bertawakal kepada-Nya. :)


Sumber rujukan:

1. http://choti-imut.blogspot.com/2011/06/16-lafadz-ulul-albab-dalam-al-quran.html?m=1

2. https://islamislogic.wordpress.com/2014/06/26/kisah-pasukan-gajah-diserang-burung-ababil-saat-ingin-hancurkan-kabah/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arkeologi?: Satu Perjalanan

Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu ' post ' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni. Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada... TAPI Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!) Kepada sesiapa yang dah pun ba

Arkeologi?

“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018 Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya.  Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan  everything .  Maaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary.   Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya?  1.        It is about history , politics , and economics Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past , kita kena tahu sejarah orang zaman dahulu, terutama sekali sebab k

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan