Skip to main content

Of Humanity #2: Bangsa Manusia

Cuba korang bayangkan...


Disebabkan pandemik covid-19 ni, kita takut nak keluar rumah. Sebab bila keluar, kita takut kita  akan terkena jangkitan virus yang tengah menular ni, lepas tu jatuh sakit. Tapi pernah tak korang terfikir, ada orang yang sepanjang hidup dia memang sentiasa takut nak keluar rumah, malah sebelum adanya penularan wabak ni lagi memang diorang dah rasa macam tu?

Bagi aku, mungkin tu la perasaannya kalau jadi golongan minoriti di sesetengah tempat; when you're a black in America, when you're an Uyghur in China, when you're an Asian in European countries, when you're a Muslim among a community who look at Muslims as terrorists. Sedihnya, hidup takut-takut macam tu. Rasa takut nak berhadapan dengan orang bukan disebabkan ada risiko jatuh sakit, tapi sebab ada risiko yang korang mungkin menghembuskan nafas terakhir bila korang keluar. Aku rasa aku ni kira bertuah la kan, sebab hidup dalam negara yang boleh kira selamat, sebagai rakyat majoriti pulak tu. Waktu aku study dekat UK pun, alhamdulillah tak ada isu islamophobia yang aku personally experience. Tak tahu la kalau aku ni, bak kata orang tua-tua, masih tak kenang dek untung. 

-


Lama dah aku tunggu orang ulas benda ni dalam Bahasa Melayu, sebab rata-rata orang yang aku tengok kat media sosial pun repost pasal isu ni dalam Bahasa Inggeris. (Benda ni simple, cuma aku je yang tak reti macam mana nak start to explain dalam Bahasa Melayu in a straightforward way huhu)

Sampailah satu hari tu aku nampak ada orang repost IGTV Afdlin Shauki pasal isu pelarian Rohingya dekat negara kita. Dalam video tu, dia ada sebut sikit pasal isu BLM (#BlackLivesMatter) dan hubungan isu ni dengan anti-rasisme. (boleh tengok kat sini: 'Adakah kita racist?', kalau link tu tak jadi, korang cari lah sendiri kat Instagram @afdlinshaukiofficial eh)

"Kalau dalam jiwa kita, kita (orang Melayu) ada ingat orang Cina ni tak elok, orang India ni macam ni, ataupun orang Cina ingat orang Melayu ni macam ni, orang India tu macam tu, itu adalah rasisme." - Afdlin Shauki


Waktu aku belajar A-level Psychology dulu, kitorang ada belajar satu istilah ni, nama dia 'ethnocentrism', atau dalam bahasa Melayu dipanggil etnosentrisme. Etnosentrisme ni terjadi apabila seseorang menggunakan latar belakang (fahaman) bangsa atau etnik  mereka untuk menilai atau membuat penilaian tentang individu daripada bangsa atau etnik lain ("you use your own culture as the center and evaluate other cultures based on it"). 

Etnosentrisme ni menjadi rasisme apabila satu etnik budaya atau kaum tu 'diperkecilkan' (dipandang rendah), atau tradisi dan adat mereka dianggap tak relevan atau tak signifikan (yang boleh membawa kepada terjadinya diskriminasi terhadap kaum tersebut). Benda ni banyak berlaku dalam antropologi jugak sebenarnya, apabila ada sesetengah orang rasa yang satu kaum atau budaya tu 'primitif', 'tak berkembang', tak canggih, dsb. (Dengan erti kata lain, atau bahasa mudahnya, 'ketinggalan zaman')

Okay, aku tak nak membebel fakta panjang-panjang pun kat sini, sebab info pasal rasisme, diskriminasi, #BlackLivesMatter ni dah ramai yang share (dan aku pun bukanlah orang terbaik nak ulas pasal benda ni dengan pemahaman aku yang agak cetek ni). Kali ni, aku cuma nak berkongsi pengalaman je.

Selama 17 tahun, aku hidup dikelilingi dengan budaya satu kaum je; kaum Melayu. Keluarga aku secara umumnya mengamalkan cara hidup orang Melayu (walaupun kitorang berketurunan Jawa dan Bugis), aku pergi sekolah yang hampir semua muridnya orang Melayu (exception - for the record: aku pernah ada dua orang je kawan bukan Melayu (Chinese) waktu Form 1, itu pun cuma untuk tiga minggu je masa PPCS dekat UKM), aku tinggal pulak dekat kawasan kejiranan yang semua penduduknya orang Melayu. Sampailah...

Aku mula study A-level dekat KYUEM. Setiap hari duduk semeja dalam kelas dengan orang India. Setiap hari makan dekat DH (dining hall) dengan orang Cina. Sepanjang 18 bulan aku dekat KY, aku duduk serumah dengan orang bukan Melayu. Bukan tu saja, aku siap ada best friend yang bukan Melayu, dan aku rasa sangat selesa berkawan dengan orang-orang bukan Melayu walaupun aku tak biasa.

Sebelum tu? Sebelum tu aku tak pernah tahu pun orang Cina ni macam mana, orang India ni macam mana. Yang aku selalu dengar hanyalah komen-komen orang ataupun cerita-cerita dalam TV. Orang-orang yang aku kenal pulak kebanyakannya rasa orang bukan Melayu ni tak baik; macam orang Melayu ni je yang baik, orang Melayu ni je yang pembersih, orang Melayu ni je yang wangi, orang Melayu ni je yang sopan dan lembut. Yang bukan Melayu semua terkeluar daripada kategori-kategori ni.

Rasisme kah itu? Ya, rasisme lah tu. Sebab bukan sahaja kita menilai orang lain berdasarkan latar belakang bangsa kita semata-mata, malah kita meletakkan bangsa atau culture kita at the centre dan memandang rendah bangsa lain. 

(Hmm ni baru etnik-etnik dekat Malaysia. Belum lagi yang bagi komen pasal orang Israel semua tu)
 
Kenapa boleh jadi macam ni? Aku rasa sebab kita hidup di bawah tempurung dan hanya berkawan dengan geng (puak) kita je. Jadi, aku bersyukur sangat dapat pengalaman belajar dekat KY, sebab waktu aku masuk kolej tu barulah aku faham erti sebenar menjadi rakyat Malaysia - barulah aku tahu apa maksudnya hidup dengan masyarakat berbilang bangsa. Dalam Student Council kat KY ada Biro Agama (Religious Exco), dan bawah biro tu ada satu organisasi tambahan (kira macam sub-committee la) nama dia Circle of Faith (COF). COF ni terdiri daripada wakil-wakil setiap belief system pelajar-pelajar kat KY. (Kenapa aku tak guna perkataan religion atau agama? Sebab COF ni bukannya ada wakil Muslim, Hindu, Buddha, dan Kristian je, tapi ada juga wakil golongan free thinker). Waktu tu aku rasa kagum, sebab aku tak pernah terlibat dengan organisasi yang menitikberatkan kepentingan agama lain - maklumlah, budak sekolah Melayu 😌 - dan waktu tu aku rasa macam ya Allah, ignorant nya aku selama ni.

Dekat KY, dekat UK, aku sedar yang kita ni semua sama saja, tak ada apa yang membezakan kita pun. Tak perlu ada rasa takut atau ada a strong disapproval terhadap orang yang kita rasa lain daripada kita. Semua orang manusia biasa je. Tak ada siapa-siapa yang kurang atau lebih daripada orang lain disebabkan status etnik atau bangsa mereka. 

Tahun lepas masa aku borak dengan sorang hamba Allah ni dekat Malaysia, dia cakap kat aku,

"Cina ni tak boleh percaya sangat, tak baik." Aku tiba-tiba rasa panas, tapi aku tahan je sebab mungkin pemikiran dia tak berapa nak terbuka lagi. Lepas tu dia teringat dekat pensyarah dia yang berbangsa Cina, dia pun cerita dekat aku pasal kebaikan pensyarah dia tu, sebelum dia komen, "Yang baik tu ada, tapi tak ramai."

Aku terkejut, aku terdiam. 

And I just shook it off afterwards. I shouldn't have, I think. I should have said something.

Mungkin ada yang akan cakap, "Habis tu, kalau yang ugut-ugut orang tu, yang bunuh orang tu? Bom sana bom sini, tembak sana sini? Tak jahat ke?"

Ya, malangnya, dalam dunia ni, selain daripada manusia yang baik, ada juga yang jahat. Tapi kita tak boleh nak kata yang orang Cina ni semua jahat sebab xxx, orang India semua ni jahat sebab xyz, orang Yahudi atau Israel semua jahat sebab bunuh orang Palestin, dan sebagainya. 

Habis, orang Islam ni semua jahat la ye sebab ada orang Islam yang masuk ISIS dan jadi terrorist?

Dapat tak point aku? 

Sepatutnya, kita kena fikir yang semua orang, tak kira la, India ke, Cina ke, Melayu ke, Yahudi ke Islam ke, semuanya baik, yang tak baik tu exception - bukannya semua tak baik and then yang baik tu exception *tepuk dahi* 🤦🏻‍♀️ Yang jahat tu jahat la, dan perlu bertanggungjawab la atas kesalahan diorang, tapi tak adil la kalau yang baik terkena tempias yang sama, bukan? 

Okay aku harap sekarang korang tanya, so kita kena buat apa? 

Langkah pertama: Educate ourselves. Didik diri kita agar menjadi orang yang lebih peka dan berpengetahuan tentang keadaan sekeliling. Kita ni - yang Melayu ni - sedar tak ada orang bukan Melayu yang tak dapat masuk sekolah berasrama penuh MRSM dan tak ada peluang pun nak mohon pinjaman atau biasiswa atau sebarang bantuan daripada MARA sebab dia bukan Bumiputera? Aku tak pernah terfikir pun pasal benda ni sampailah ada kawan non-Malay aku yang mengadu dekat aku. Macam orang Melayu juga, non-Malay kat Malaysia ni bukan semuanya berpendapatan tinggi dan berkemampuan.

Ha, sekarang sedar tak betapa privileged nya kita - yang Melayu ni, yang duduk dekat Malaysia ni? Bersyukurlah dengan hak istimewa yang kita kadang-kadang tak sedar  pun kita dapat tu. Mungkin la ada antara kita yang tak ada kawan non-Malay atau non-Malaysian yang boleh membuatkan kita sedar tentang isu-isu macam ni, tapi masih tak terlambat untuk kita educate diri kita. Educate ourselves on racism and anti-racism, anti-blackness, xenophobia, systemic oppression, privilege etc., sama ada di Malaysia ataupun di serata dunia. (Tapi bagi aku, sekurang-kurangnya, kita fahamkanlah diri kita dengan isu-isu kat Malaysia ni dulu sebab isu ni lagi dekat dengan diri kita) 

Akhir kata, walaupun ada sesetengah ahli antropologi yang guna pendekatan 'cultural relativism' (an approach of treating each culture as unique and worthy of study) untuk counter the issue of ethnocentrism, obviously, cultural relativism ni pun masih ada isu dia yang tersendiri. 

(Kalau rajin, aku sambung lagi eh)

Apapun, marilah kita ingatkan balik diri kita yang pelupa ni akan perintah Allah dalam al-Qur'an yang dah diturunkan lebih 1000 tahun dulu:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." - Al-Hujuraat, ayat 13




Kenapa kita kena ambil tahu? Sebab kita ni satu bangsa; the human race. Mungkin kita boleh cakap, "everyone has their own struggles", but we can never say, "everyone has their own privileges", can we? 


Yang selebihnya tu, kita fikir-fikirkanlah sendiri ya; semoga kita sentiasa menjadi golongan ulul albab (golongan yang berfikir). 

Wallahu a'lam.




p/s: I know I'm not the best person to preach 😅, I'm just here figuring out ways to educate myself, so kalau salah tolong tunjukkan ya 😀




Reference cited:

Comments

Popular posts from this blog

Arkeologi?: Satu Perjalanan

Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu ' post ' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni. Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada... TAPI Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!) Kepada sesiapa yang dah pun ba

Arkeologi?

“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018 Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya.  Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan  everything .  Maaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary.   Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya?  1.        It is about history , politics , and economics Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past , kita kena tahu sejarah orang zaman dahulu, terutama sekali sebab k

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan