Skip to main content

Surat Cinta: Hilang



Hariku sering tuah hadir bertamu

Seakan dunia hanya untuk diriku
Kasih alam sering menyebelahiku
Seolah tiada ruang selain diriku

Namun sepi ku rasa walau ku sempurna
Takut ku pada indah dunia tak selama
Kelompang di jiwa, tiada rasa untuk mendekati-Nya

Tuhan ku bimbangi nikmat zikir ku tiada lagi
Rasa asyik ini, ku sangka kau redhai
Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas, rasa hilang
Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai

Naluri lumrahku memanggil untuk kembali
Jauhlah diri dari pujukan dunia
Oh Tuhan jauhkan daku
Dari rasa hilang ini

Hariku sering tuah hadir bertamu
Betapa ku bimbangi
Hilang dari pandanganmu


* * *

"Asar 1:45 p.m., Maghrib 4:06 p.m.
Kelas ANTHXX 1.00-2.00 p.m., ARCLXX 2.00-4.00 p.m."

Asar... Sempat? Tak sempat? Sempat tak? Sempat kot. 


Soalan wajib harian setiap kali tiba musim sejuk. Satu-satunya 'exercise' yang aku lazimi waktu tahun pertama mungkin inilah; berlari dari bangunan akademik ke hostel untuk menyelamatkan minit-minit terakhir waktu solat. Ada yang berjaya diselamatkan, tapi kebanyakannya tersungkur di tengah jalan. Disebabkan cabaran tu, aku rasa aku lebih menghargai peluang yang ada untuk solat dengan tenang tanpa terburu-buru dalam waktu solat - niat tunai dan bukannya qada', lebih-lebih lagi peluang untuk menunaikan solat di awal waktu. Itulah kata orang, nikmat bila dah kena tarik baru disyukuri.

Tu cuma satu daripada banyak lagi contoh nikmat yang aku rasa hilang waktu aku mula-mula belajar di luar negara. Nikmat dengar azan, nikmat solat berjemaah, nikmat dengar kuliah, nikmat solat terawih dekat masjid, nikmat baca Qur'an hari-hari tanpa rasa kekok, dan sebagainya. Tapi bila benda tu jadi makin susah nak dapat, aku lebih menghargai peluang-peluang yang ada - rasa 'nikmat' dia lain macam bila peluang tu datang.

Tapi sekarang...

Hmmm.

Rasa macam perasaan 'nikmat' tu makin pudar sebab dulu masa singkat, sekarang masa makin banyak. Rasa macam nikmat masa tu kurang aku hargai sekarang. Betullah sabda Nabi (s.a.w.), 'nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang' (Riwayat Bukhari).


Macam mana nak memanfaatkan nikmat masa yang melimpah sekarang ni? Macam mana nak membina keikhlasan dalam beribadah? Macam mana nak menanam rasa nak mendekatkan diri dengan Allah, bila aku berada dalam zon yang aku tengah duduk sekarang: zon selesa. Zon di mana aku ada masa, aku ada tenaga, aku ada ruang. Yang tinggal cuma kehendak dan kemahuan untuk bertindak, dan azam dan tekad untuk terus tekal. Yang tinggal cuma aku. 

Benda-benda macam ni buat aku rasa nak mempersoalkan keadaan iman. Dulu aku selalu rasa, walaupun masih ada kebebasan beragama di luar negara, tahap keselesaan mempraktikkan ajaran agama tu tak sama, lebih-lebih lagi bila ada yang memerhati. Aku selalu fikir, 'things are much better back home'. Tapi bila dah balik ni, aku rasa rindu. Rindu nak jadi diri aku yang meletakkan pengharapan dan kebergantungan aku 100% hanya pada Dia. Rindu nak jadi orang yang menghargai masa dan ruang yang terhad.

Itulah persoalannya sekarang - persoalan yang jawapannya belum aku temui. Bagaimana caranya untuk mendidik hati untuk ingin rasa dekat, apabila perasaan 'nikmat' itu dah menjauh. Apabila comfort zone membuatkan aku leka dengan dunia, apabila comfort zone seolah-olah membuatkan aku hilang dari jalan memburu ketenangan dan keredhaan dari Yang Satu.


Dear God,

Would You rescue me 
When I'm by myself
When I need Your love
When I need Your help

Would You rescue me?



Lagu: 'Hilang' (Rabithah) & 'Rescue Me' (OneRepublic)
p/s: gambar ambik from StoryArt btw

Comments

  1. Assalamualaykum, Kak. Salam kenal dari Indonesia. Saya suka baca tulisan Kakak di sini and I find it helpful. Saya ingin dapat belajar di luar negeri seperti Kakak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Dhea. Alhamdulillah, doakan semoga tulisan2 akan datang dapat memberi manfaat kepada saya sendiri dan orang lain juga :) insya Allah semoga yang terbaik hanya untuk Dhea!

      Thank you for reading :D

      Delete
    2. Aamiin ya Rabb. Terima kasih kembali, Kak. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arkeologi?: Satu Perjalanan

Kira-kira lapan bulan yang lepas aku ada tulis satu ' post ' tentang subjek arkeologi, atau secara spesifiknya, aku cuba nak kongsi sikit (berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada ni) apa yang ada dalam bidang arkeologi ni. Tanpa aku sangka, susulan post aku yang tak seberapa tu, aku mula dapat beberapa soalan dekat ruangan 'comments' dekat post tu pasal bidang yang aku tengah belajar ni. Mungkin selepas aku dah terangkan serba sedikit apa yang ada dalam bidang arkeologi ni, ada segelintir pembaca blog aku ni yang berminat nak menjadi ahli arkeologi. Alhamdulillah, rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada... TAPI Saudara sekalian, aku bukanlah orang yang sudah pun bekerja dalam bidang ni, apatah lagi orang yang berpengalaman dalam bidang arkeologi ni. Maka coretan kali ni ialah coretan secara rendah dirinya sebagai seorang hamba yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ni selama 15 bulan... (bukan 15 tahun ya!) Kepada sesiapa yang dah pun ba

Arkeologi?

“Archaeology is about everything.” – Mark Roberts, 11.06.2018 Memandangkan tak ramai orang buat course ni (setahu aku), mungkin orang tertanya-tanya apa yang ada dalam archaeology degree ni sebenarnya.  Bila lecturer aku cakap ‘everything’, memang dia maksudkan  everything .  Maaf kalau agak bias sebab besar kemungkinan aku akan kongsi daripada perspektif seorang pelajar UCL, instead of pelajar arkeologi secara amnya huehue Arkeologi ni, nak dipendekkan cerita, nak kaji cara hidup orang zaman dulu. Tapi, cara nak mengkaji tu sangatlah luas, therefore this subject is very, very interdisciplinary.   Hmm jadi, arkeologi ni, pasal apa sebenarnya?  1.        It is about history , politics , and economics Kalau nak faham orang, kita kena cuba letak diri kita kat tempat orang tu kan? Macam itulah arkeologi. Kalau nak tahu macam mana dan kenapa certain things happened in the past , kita kena tahu sejarah orang zaman dahulu, terutama sekali sebab k

"All is Well!"

"Orang kata, big challenges are for people with big heart " This post is going to be filled with loads of quotes, and the one I just begin my post with is one of the first quotes that comes to my mind when I feel like ' everyday is a tough day at this point '. And recently it has been a quote I am reminded of the most. This academic term has been the toughest time I have ever had in my university years so far. Moments of freaking out, worrying and stressing out while trying to sort things out were COUNTLESS. But anyway, that's life (okay while writing this phrase I literally sing the Frank Sinatra song 😂 so for the fun of it, let's just put that bit here hahaha). That's life (that's life) I tell ya, I can't deny it I thought of quitting, baby But my heart just ain't gonna buy it And if I didn't think it was worth one single try I'd jump right on a big bird and then I'd fly *SIDETRACKED* (I am sorry for an early

Letting God

No incident in life is an accident. When my best friend first gave me the book 'The Art of Letting God' by Ustaz Mizi Wahid, I somehow had the gut that it will become something I really need in the not so distant future. Only a week after that I came to realise why Allah sent me the gift through her. Being a scholar of this one particular organisation (if you know, you know) for more than three years now, I have always been convinced (by my own self if not other people) that we will be guaranteed with a job by the time we graduate from universities. Not to say that I've been working less harder than I'm supposed to all this while, but I cannot deny that part of me has always been having this assurance that the beginning of my career is kinda sorted out by the time I got my degree scroll in a few years time. But...the reality turns out to be taking a whole different path; life seems to be harsher than what we initially thought. Little did I realise I was a bit dis

Oh My English!

"Are you born in Britain?" my Romanian teacher once asked me. "Is English your first language?" asked my British friend, Alex, a friend I made from my summer school. "Did you go to any English tuition class?" asked Ong, my internship colleague. Disclaimer:  do not put a high expectation on me! I can assure you that my English is not that good... well, the fact that I had to repeat my IELTS last time is one of the proofs hehe But I just feel like looking back at how I get to speak in English, (though not really fluently, just enough to be able to have a conversation with other people) given the fact that I am such a kampung girl and English is undoubtedly something very, very foreign to me. My family speak full Malay at home. My dad speaks Perak dialect in his hometown, while my mum speaks Javanese with her family. So maybe for the sake of simplicity, all of us have been using standard Malay as our first language despite living in Terenggan